Sepahtu Jelajah Johor Bahru, Hiburkan Peminat Selatan Tanah Air
07
May
2025

Sepahtu Jelajah Johor Bahru, Hiburkan Peminat Selatan Tanah Air

Kuala Lumpur, 7 Mei 2025 – Astro selaku peneraju industri hiburan di Malaysia bawakan khas buat peminat warga Johor, Sepahtu Reunion Live Tour 2025 @ Arena Larkin, dijadualkan berlangsung selama dua hari di Stadium Tertutup Arena Larkin Johor Bahru pada 31 Mei dan sesi rakaman pada 1 Jun 2025.

Persembahan ini adalah sebagai penghargaan buat semua peminat Sepahtu yang sentiasa memberikan sokongan mereka kepada perjalanan karier kumpulan komedi nombor 1. Hebahan berkenaan persembahan ini akan dilakukan menerusi laman rasmi Instagram mereka bermula pada 1 Mei 2025.

Sepahtu yang sinonim dengan sketsa spontan lucu yang sentiasa mencuit hati para penonton mereka dijangka akan membawakan lebih jenaka yang menghiburkan, termasuk segmen-segmen baru dan interaksi langsung dengan para penonton. Dengan menjalankan jelajah ini, Sepahtu ingin menjadikan ia pengalaman tontonan Istimewa buat para peminat yang hadir, mencipta kenangan manis yang tidak akan dilupakan oleh mereka semua.

Menurut Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Saleh, berkata “Astro berharap agar siri jelajah ini akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat para peminat yang hadir. Kami berkomitmen untuk memastikan persembahan ini berjalan lancar dan memberikan hiburan terbaik untuk semua yang datang. Ini adalah kesempatan untuk menikmati komedi terbaik Malaysia secara langsung untuk warga Johor, dan kami tidak sabar untuk melihat reaksi para penonton. Dengan pelbagai kejutan dan momen lucu yang di janjikan, Sepahtu Reunion Live @ Arena Larkin pasti akan menjadi salah satu acara yang paling dinanti-nantikan tahun ini.”

Telah menjadi ikon lawak di Malaysia, kumpulan yang telah ditubuhkan pada tahun 2012 ini terus mencipta pelbagai pencapaian setelah mereka mengukuhkan nama mereka dalam industri. Dengan terus membawakan isu semasa sebagai kandungan komedi, ia menjadikan rancangan ini sentiasa membawakan teladan dan pengajaran buat para penonton dengan cara yang lucu dan mudah diingat. 

Penjualan tiket Sepahtu Reunion Live @ Arena Larkin akan bermula pada 1 Mei 2025 di laman www.ticket2u.com.my. Harga tiket bermula serendah RM28.

Jumlah Tempat Duduk

Harga Tiket
(Termasuk Caj 4% ticket2u)

SEPAHTU VIP

RM288.00

Mari Kita
Zone 1

RM158.00

Sempoi
Zone 2

RM108.00

Cia Cia Cia
Zone 3

RM108.00

HaHaHa

Zone 4

RM88.00

HuHuHu
Zone 5

RM28.00

Dengan pengumuman jelajah ini, peminat dinasihatkan untuk segera mendapatkan tiket bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk menghadiri program ini.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman strim anda dengan naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

*Tertakluk kepada terma dan syarat, Durasi Promosi tertakluk kepada Astro.

*Tertakluk pada terma dan syarat.