Sertai peraduan untuk menang wang tunai di ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN
21
February
2023

Sertai peraduan untuk menang wang tunai di ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN

Peraduan ‘Lirik Petik ERA’, ‘Korus SINAR’, ‘Gelak GEGAR’ dan ‘FBI Buat Apa?’ di udara

ERA: Lirik Petik ERA

Teka tajuk lagu di ERA dan berpeluang menang RM150, dari sekarang hingga 3 Mac di udara

  • Pendengar ERA perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Peserta perlu meneka tajuk lagu berdasarkan klip bunyi yang dimainkan oleh personaliti ERA. Pembayang jawapan akan disediakan di Instagram ERA.
  • Peserta boleh membuat seberapa banyak tekaan tetapi mesti dalam tempoh 10 saat dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM150.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Lirik Petik ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA.

SINAR: Korus SINAR

Nyanyi bahagian korus dan berpeluang menang RM150, dari sekarang hingga 3 Mac di udara

  • Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Pilih penyanyi dari dua pilihan yang dikongsikan oleh SINAR di platform media sosial dan nyanyikan bahagian korus dari lagu yang diminta oleh personaliti SINAR.
  • Peserta yang berjaya menyanyikan bahagian korus mengikut permintaan personaliti SINAR akan membawa pulang hadiah wang tunai RM150 pada setiap pusingan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Korus SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.

GEGAR: Gelak GEGAR

Teka suara selebriti di GEGAR untuk peluang menang RM100, dari 26 Feb hingga 13

  • Pendengar GEGAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Teka suara selebriti yang bergelak ketawa dari audio yang dimainkan oleh personaliti SINAR. Pembayang jawapan akan disediakan di Instagram dan Facebook GEGAR.
  • Peserta boleh membuat seberapa banyak tekaan tetapi mesti dalam tempoh 10 saat dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM100.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Gelak GEGAR’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.

ZAYAN: FBI Buat Apa?

Teka perbuatan di ZAYAN dan menang wang tunai RM200 dari sekarang hingga 3 Mac di udara

  • Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Teka perbuatan yang dilakukan oleh FBI, personaliti ZAYAN, mengikut gambar yang dimuat naik menerusi Instagram dan Facebook ZAYAN.
  • Setiap tekaan yang betul akan membawa pulang wang tunai RM200 dan wang tunai akan dibawa ke pusingan seterusnya, jika jawapan yang diberikan adalah salah.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘FBI Buat Apa?’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.

Untuk maklumat lanjut, ikuti ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN di platform media sosial.