Sertai pertandingan bakat digital ‘ERA-fluencer’ sekarang
06
December
2021

Sertai pertandingan bakat digital ‘ERA-fluencer’ sekarang

Peluang menang wang tunai RM2000, produk WinWin dan kontrak bersama pasukan digital ERA

Semua warga Malaysia dijemput menyertai ‘ERA-fluencer’ pertandingan mencari bakat digital baharu, bersama WinWin, bermula 6 - 13 Disember 2021 menerusi platform Instagram dan TikTok.

Peserta perlu ada kemahiran dan bakat dalam bidang pengacaraan, penghasilan video serta penyuntingan kandungan digital, dan juara ‘ERA-fluencer’ bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000, produk WinWin dan kontrak bersama pasukan digital ERA.

Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan para peserta perlu menghasilkan kandungan digital dalam format video mengikut topik yang digemari.

Para peserta juga perlu memuat naik kandungan tersebut di platform Instagram ataupun TikTok dengan tanda pagar: #ERAfluencerwinwin. Kandungan video mestilah asli dan mengikut kreativiti masing-masing.

Lima peserta terbaik akan disenarai pendek ke peringkat penilaian dan perlu mengikuti cabaran yang ditetapkan oleh pihak ERA.

Semua peminat juga boleh menyaksikan penjurian akhir ‘ERA-fluencer’ yang akan diadakan secara langsung pada 29 Disember, jam 8.30 malam menerusi Facebook dan YouTube Live ERA. Selain itu, peminat ERA juga boleh berhibur dengan persembahan-persembahan menarik dari penyanyi tempatan pada malam penjurian akhir nanti.

Untuk maklumat lanjut, layari era.je atau ikuti laman media sosial ERA.