Peluang memenangi hadiah wang tunai, dan karya asli direkod & dinyanyi oleh Dato’ Jamal Abdillah
Para peminat SINAR dijemput menyertai pertandingan ‘Projek Lagu Dato’ Jamal di SINAR’, dengan kerjasama Universal Music Malaysia, untuk mencari bakat baharu mencipta lagu beserta lirik, dimana peserta akan dinilai oleh Dato’ Jamal Abdillah, penyanyi lagenda tanah air. Para peminat boleh menyertai pertandingan ini dari 16 hingga 29 Ogos menerusi laman rasmi sinar.my.
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, para peserta boleh menghantar rakaman audio lagu beserta lirik yang ditulis sendiri. Karya peserta mesti asli, dan belum pernah diterbitkan.
Lima peserta akan disenarai pendek ke peringkat penilaian yang akan dikendalikan oleh pihak Dato’ Jamal Abdillah. Kriteria penjurian akan berdasarkan alunan muzik, kreativiti para peserta dalam mencipta lagu, diringi dengan susunan lirik yang menarik.
Peserta yang berjaya dinobatkan sebagai juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan karya asli mereka akan direkod dibawah label Universal Music Malaysia serta dinyanyikan oleh Dato’ Jamal Abdillah sendiri.
Semua peminat juga boleh menyaksikan penjurian akhir pertandingan ini yang akan dijalankan secara langsung menerusi Facebook Live SINAR, pada awal bulan September nanti.
Untuk maklumat lanjut, layari sinar.my atau ikuti SINAR di platform media sosial.