SINAR Hulur Bantuan Beg Hoki Kepada Pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil
16
December
2025

SINAR Hulur Bantuan Beg Hoki Kepada Pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil

KUALALUMPUR 16 DISEMBER 2025 SINAR terus komited dalam usaha membantu golongan memerlukan melaluiprogram kebajikan yang dijalankan. Terbaru, SINAR menyalurkan bantuan bernilai RM7,000 kepada pemain hoki Sekolah Sukan Bukit Jalil dalam bentuk 30 beg hoki untuk kegunaan sesi latihan dan kejohanan yang mereka sertai.

Bantuan ini melibatkan pemain berusia bawah 17 tahun, yang rata-rata mewakili negeri masing-masing di peringkat kebangsaan. Menurut Pengurus Jenama SINAR, Zureen Affendi, inisiatif ini adalah sebahagian daripada program Peka dan Prihatin SINAR, dan lebih dikenali sebagai Beg Hoki SINAR.

“Kami di SINAR percaya bahawa setiap atlet muda berhak mendapat sokongan untuk terus mengembangkan bakat mereka. Ramai daripada mereka datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, dan kos peralatan sukan seperti beg hoki bukanlah sesuatu yang murah. Dengan adanya bantuan ini, kami berharap dapat mengurangkan beban kewangan mereka, sekaligus memberi motivasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan,”kata Zureen.

Beliau menambah sukan bukan sahaja membentuk fizikal yang sihat, tetapi juga membina disiplin, semangat berpasukan dan keyakinan diri. Kami mahu memastikan bakat-bakat muda ini tidak terhenti hanya kerana kekangan kewangan. SINAR sentiasa percaya bahawa setiap usaha kecil mampu memberi impak besar kepada masa depan mereka. Melalui program Peka dan Prihatin, kami bukan sahaja memberi bantuan material, tetapi juga menyampaikan mesej bahawa masyarakat prihatin terhadap perjuangan mereka.

Zureen turut menekankan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmenjangka panjang SINAR.

“Kami akan terus mencari peluang untuk membantu golongan yang memerlukan, bukan sahaja dalam bidang pendidikan, tetapi juga sukan dan kebajikan. SINAR mahu menjadi jenama yang bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga memberi nilai kepada masyarakat. Program seperti ini akan kami teruskan agar lebih ramai yang mendapat manfaat,” akhirnya.

Penyerahan beg hoki ini diserikan oleh Trio Petang SINAR – Kak Sheera, Hefny dan Falyq,yang turut mencuba beberapa cabaran bermain hoki seperti mengelecek bola kegawang dan menimbang bola menggunakan kayu hoki. Gelagat mereka nyata menghiburkan para penerima bantuan.

SINAR percaya bahawa sokongan kecil seperti ini mampu memberi semangat besar kepada atlet muda untuk terus cemerlang dalam sukan.

Untuk berita dan aktiviti terkini,sila layari platform rasmimedia sosial SINAR dan muat turun aplikasi SINAR di App Store,Playstore dan Huawei App Gallery.