KUALALUMPUR, 3 JUN 2025 –SINAR dengan bangganya memperkenalkan penyampai baharu yang bakal menghangatkan segmen terbaharu mereka – RSVP SINAR, bermula 1 hingga 4 petang setiap Isninhingga Jumaat.
Menerusi pencarian bakat baharu yang unik, pihak SINAR pertama kali mengenali Sarah Kamilla apabila beliau menghantar resume untuk jawatan producer. Namun, setelahmeneliti latar belakangnya sebagai bekas penyampai radio dan melihat potensibesarnya, pihak SINAR menjemput beliau hadir ke sesi temu duga untuk posisi penyampaidan ternyata keputusan itu tepat!
Sarah,yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi, mempunyai personalitiyang tersendiri. Meskipun SINAR sudah menampilkan dua penyampai wanita hebat iaitu Dina dan Sharifah Shahirah, kehadiran Sarah membawa kelainan dengan auranya yang lebih feminin serta kebolehan membaca perwatakan pendengar dan tetamudengan sangat baik.
Pengurus Jenama SINAR, Zureen Affendi berkata,kehadiran Sarah menambah warna baharu dalam barisan personaliti SINAR. Kami percaya setiap penyampai membawa kekuatan yang berbeza, dan Sarah menampilkankeunikan tersendiri tenang, feminin dan bijak mengendalikan emosi serta komunikasi. Ini sangat sesuai dengan arah baru segmen RSVP SINAR yang lebih interaktif dan dekat di hati pendengar.”
SegmenRSVP SINAR menjanjikan hiburan, interaksi dan informasi dalam gaya santaiselama tiga jam. Ia akan dibahagikan kepada tiga bahagian utama:
• YA ATAU TIDAK – Pendengar diajak berkongsi pendapatmengenai topik-topik menarik dan kadangkala ‘panas’.
• PIRING HITAM SINAR – Susunanlagu-lagu pilihan tanpa henti, untuk menemani waktu bekerja atau berehat.
• SINAR FOODIE – Sarah akan berkongsi tips masakan,resepi mudah, idea “nak masak apa hari ni?”, fakta makanan serta lokasi menarikuntuk makan.
Dengan suara yang menenangkan, gaya penyampaian yang semula jadi dan kandungan yang dekat di hati rakyat Malaysia, SINAR yakin Sarah akan menjadi pilihan baharu ramai pendengar setia.
NantikanSarah dalam RSVP SINAR – setiap Isnin hingga Jumaat, 1 petang hingga 4 petang –hanya di SINAR.
Untuk berita, aktiviti dan program terkini layari laman sosial rasmi SINAR