SINAR Raikan 80 Pendengar Setia di Rumah Terbuka SINAR bersama Follow Me
29
April
2025

SINAR Raikan 80 Pendengar Setia di Rumah Terbuka SINAR bersama Follow Me

KUALA LUMPUR 25 APRIL 2025 – Stesen Audio SINAR raikan 80 pendengar setianya dalam satu majlis Rumah Terbuka SINAR bertempat di Tamu Hotel Kuala Lumpur. Majlis ini juga turut mendapat perhatian syarikat penjagaan diri terkenal iaitu FOLLOW ME untuk meraikan bersama-sama pendengar SINAR. Penyampai SINAR juga tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan lagi rumah terbuka ini ialah  Ray, Kak Sheera, Falyq, Hefny, Dina, Roy Azman dan Haiqal.

Pengurus Jenama SINAR, Zureen Affendi berkata rumah terbuka ini antara pengisian terbaik untuk memeriahkan bulan Syawal yang diraikan oleh umat Islam terutama pendengar SINAR. Selain dapat mengenali antara satu sama lain, ia juga dapat eratkan hubungan antara penyampai, petugas belakang SINAR serta FOLLOW ME

“80 pendengar SINAR ini dipilih menerusi laman web rasmi SINAR, mereka perlu menjawab beberapa soalan disediakan dan nyatakan sebab mengapa mereka layak untuk turut serta dalam Rumah Terbuka SINAR. Rata-rata mereka dapat menjawab dengan baik dan penyertaan daripada mereka juga amat mengalakkan. Selain itu, penyanyi Datuk Nash dan Ramlah Ram turut membuat persembahan dalam majlis ini,” katanya.

“Apa-apa pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih  terutama kepada FOLLOW ME kerana sudi menganjurkan majlis rumah terbuka bersama dengan SINAR. Ia satu kerjasama yang luar biasa dan kami berharap ia dapat diteruskan di masa akan datang. SINAR juga akan terus kekal memberikan input terbaik sama ada di dalam studio mahupun kandungan di sosial media kami.”

Tidak ketinggalan, pendengar SINAR yang turut serta dalam rumah terbuka ini, pihak pengurusan SINAR berasa amat terharu kerana sudi meluangkan masa untuk bersama dengan kami. Diharapkan sokongan seumpama ini dapat diteruskan di majlis kami di masa akan datang. 

Untuk berita dan aktiviti terkini sila layari laman sosial rasmi SINAR.