Selepas mengungguli kategori ‘Best Quarantine-Themed Drama/Feature/Programme’ di Anugerah ContentAsia 2020* yang berlangsung pada Ogos lalu, jenama SMK di bawah naungan Astro Ceria kini kembali dengan drama bersiri untuk musim yang kedua. SMK, sebuah siri komedi generasi millennial menampilkan bakat-bakat muda popular seperti Wafiy Aan, Mia Sara Nasuha, Rykarl Iskandar, Arena Wan, Erissa Puteri, Fikry Kiki dan ramai lagi.
Tambah menarik, rantaian siri kali ini turut menampilkan pelakon sensasi tanah air, Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Lina Pom Pom bersama pengacara dan pelakon lelaki yang kian meningkat naik, Sean Lee. Elly Mazlein akan menyandang watak sebagai seorang guru disiplin, Cikgu Aini, manakala Sean Lee sebagai pelajar senior di sekolah tersebut bernama Zul!
SMK Musim 2 bakal menemui peminat pada setiap hari Rabu mulai 7 Oktober ini, 9.00 malam di Astro Ceria (CH631) dan Ceria HD (CH611)! Musim terbaharu ini juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand. Peminat SMK juga boleh menyertai ‘maraton SMK’ pada 7 Oktober, mulai 5 petang di saluran Astro Ceria. Peminat SMK juga boleh menghantarkan komen di Instagram rasmi SMK (@smk.kita) dengan tanda pagar #SMKMusim2, di mana komen-komen mereka mungkin akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ceria.
Musim terbaharu SMK yang mengambil masa selama 27 hari penggambaran di sekitar Kuala Lumpur ini juga mempunyai laman sesawang rasmi yang mana dijadikan platform alternatif untuk penonton khususnya golongan kanak-kanak dan remaja mendapatkan kandungan eksklusif dari jenama SMK termasuklah video selingan, permainan atas talian dan juga kuiz personaliti yang menarik! Di laman sesawang itu juga terdapat segmen ‘Suara Murid Kita’ di mana anak-anak boleh mendapatkan maklumat untuk berhubung dengan perkhidmatan dan program psikologi atau kaunseling.
Pengurus Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong berkata: “Sebagai peneraju utama kandungan hiburan kanak-kanak di Malaysia, Astro Ceria sentiasa berusaha untuk menyajikan kandungan terbaik bagi santapan seisi keluarga. Penghasilan musim kedua siri komedi SMK ini merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan kami untuk mengekalkan kedudukan Astro Ceria sebagai sebuah saluran yang menyediakan kandungan yang selamat, sihat, dan santun; sesuai untuk semua lapisan masyarakat, terutamanya kanak-kanak. Ternyata, kemenangan telefilem ‘SMK: Raya Dekat Jauh’ di Anugerah ContentAsia baru-baru ini membakar semangat kami untuk mengukuhkan lagi kualiti penerbitan kami. Naskhah terbaharu SMK bakal menyaksikan kesemua barisan pelakon dari musim pertamanya kembali ke sekolah selepas negara dilanda pandemik COVID-19. Babak-babak melucukan yang diilhamkan oleh situasi sebenar anak-anak di sekolah sejak ‘norma baharu’ diimplementasikan di sekolah sudah tentu akan membuat seisi keluarga tidak kering gusi! Walaupun bergenre komedi, kami juga menerapkan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan di kalangan anak-anak yang masih bersekolah. Sekali lagi mengangkat tema persahabatan sebagai latar utama musim ini, besar harapan kami agar para peminat siri SMK dapat mengambil iktibar dari pelbagai sisi pengajaran yang ditampilkan skuad belakang tabir SMK 2; diterajui oleh saudari Angie Choo sebagai sutradara, Goh Soo Chen selaku penerbit dan Hadi M. Nor, Suzanne Ong serta Baizura Kahar sebagai penulis skrip. Kami juga percaya, kehadiran selebriti terkenal tanah air, ‘Kak Lina Pom Pom’ @ Elly Mazlein dan Sean Lee semestinya akan memeriahkan lagi siri komedi ini, dengan watak-watak mereka yang pasti bakal memberi impak yang besar kepada geng SMK. Semoga anda semua terhibur!”
*ContentAsia Awards merupakan sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf kandungan terbaik serata Asia, termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
SINOPSIS ‘SMK MUSIM KE-2’
Adam, Mal, Alya, Veena, Lisa, Arif, Boi, Nana dan Endi merupakan sekumpulan rakan karib yang melalui pelbagai cabaran dan detik-detik manis bersama sepanjang berada di Tingkatan 3. Pada musim ini, mereka berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang telah mengubah sepenuhnya cara mereka berinteraksi di sekolah. Walaupun berdepan dengan norma baharu, sesi persekolahan mereka tetap berjalan seperti biasa... dan luar biasa. Pelbagai situasi berlaku sehingga mencabar persahabatan mereka namun setiap perkara yang terjadi ternyata mematangkan mereka sehingga menjadi contoh bagi pelajar yang lain.
BARISAN PELAKON
- Idan sebagai Adam
- Mia Sara Nasuha sebagai Nana
- Wafiy Aan sebagai Mal
- Kashika Selvam sebagai Veena
- Rykarl Iskandar sebagai Boi
- Arena Wan sebagai Lisa
- Fikry Kiki sebaga Arif
- Erissa Puteri sebagai Alya
- Aniq sebagai Endi
- Nasz Sally sebagai Puan Bariah
- Elly Mazlein sebagai Cikgu Aini
- Sean Lee sebagai Zul
LAGU TEMA
SMK musim kedua dimeriahkan lagi oleh lagu temanya, ‘SMK Kita’ yang didendangkan oleh Wafiy Aan dan Erissa Puteri. Ditulis dan digubah oleh saudara Faris Fuad, lagu tema ini boleh didapatkan di saluran YouTube rasmi Astro Ceria di pautan ini.
INFO SIARAN
Mulai 7 Oktober ini, saksikan musim terbaharu SMK pada setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Ceria (CH631) dan Ceria HD (CH611)! Musim terbaharu ini juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand. Bagi pengguna NJOI pula, sila ke saluran 200 atau layari http://topup.njoi.com.my.
Boleh juga menghantar WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 8100 dan ikuti arahan seterusnya. Tunggu apa lagi, top up dan langgan saluran Astro Ceria sekarang!
Ikuti perkembangan terkini musim kedua SMK di platform berikut: