Permulaan tahun yang mantap bagi sooka melalui kerjasama dengan syarikat produksi dan pencipta kandungan tempatan untuk terus memenuhi selera penonton untuk lebih banyak lagi hiburan tempatan
Kuala Lumpur, 15 Februari 2022 – sooka hari ini melancarkan siri pertama sooka Originals iaitu Love in Lockdown yang dibintangi oleh Siti Saleha, Julia Farhana Marin, Shah Iskandar, Sara Mac, dan Bella Rahim. Love in Lockdown boleh distrim melalui sooka mulai 20 Februari 2022.
Sejak dilancarkan pada Jun 2021, matlamat sooka adalah untuk menjadi aplikasi penstriman hiburan tempatan pilihan utama yang diminati generasi milenial tempatan, dan menyasarkan untuk menerbitkan lebih banyak lagi kandungan hiper-tempatan yang relevan untuk generasi tersebut. Sasaran ini makin hampir untuk direalisasikan bersempena pelancaran siri sooka Originals yang pertama, Love in Lockdown.
“Apa yang membezakan sooka ialah keupayaan kami untuk menawarkan acara sukan global dan tempatan secara LIVE, dan pada masa sama menggabungkan pelbagai cita rasa tempatan seperti drama lokal bersiri dan filem, serta rancangan hiburan realiti LIVE ke dalam satu aplikasi. Dengan perancangan untuk melancarkan lebih banyak kandungan sooka Originals tahun ini, penonton dapat menikmati penghasilan karya yang lebih banyak menerapkan elemen, citarasa,dan nilai lokal bersesuaian dengan minat dan pilihan golongan milenial tempatan,” kata Ketua Rancangan sooka, Emarina Mohd Kamal.
Permulaan yang mantap untuk sooka Originals
Love in Lockdown, diarahkan oleh Mai Fernandez, mengisahkan tentang kesukaran yang dialami oleh individu serta keluarga akibat pandemik. Dihasilkan melalui kerjasama dengan syarikat produksi tempatan, Pho Sumpro, siri ini akan berlangsung selama 10 episod yang hanya akan ditayangkan secara eksklusif di sooka.
“Pelancaran Love in Lockdown ini adalah pemulaan yang mantap bagi sooka untuk melancarkan 20 kandungan sooka Originals sepanjang 2022, yang bakal dihasilkan melalui kerjasama kreatif kami dengan beberapa syarikat produksi dan pencipta kandungan tempatan, penulis dan direktor tersohor seperti Wan Hasliza dari KL Motion Pictures, Redcom, Gayatri dari Infinitus, Dato Afdlin Shauki dari Petra Visionworks, Arie Zahari productions dan banyak lagi,” kata Emarina.
“Kisah yang ingin kami sampaikan melalui sooka Originals bermula daripada aspirasi jenama kami untuk menjadi lebih berani, berwawasan dan berbeza; dan kami ingin merealisasikannya melalui kerjasama dengan rakan kongsi kandungan tempatan yang mahir di dalam bidang penceritaan, dan yang memahami elemen yang dicari oleh khalayak dalam kandungan tempatan yang hebat,” tambah Emarina.
Love in Lockdown boleh didapati secara eksklusif di sooka. Penonton boleh menyaksikan 2 episod pertama secara PERCUMA mulai 20 Februari 2022, dan menonton episod selebihnya dengan melanggan Pelan Hiburan VIP sooka (RP: RM15.90/bulan), atau Pelan VIP+Sports (RP: RM41.90/bulan).
Untuk memenuhi keinginan anda untuk kandungan terbaik tempatan dan aksi sukan secara langsung, langgan Pelan VIP sooka sekarang atau muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram (@sookamalaysia), atau kunjungi sooka.my.