Statement Regarding Pak Su Ammara's Advertisement
04
February
2026

Statement Regarding Pak Su Ammara's Advertisement

We hear the concerns raised and acknowledge the feedback regarding the quotes from the fictional drama, Pak Su Ammara, featured in the advertising campaigns.

While these quotes were intended to highlight and challenge harmful mindsets within the show’s storyline by inviting public dialogue, we recognise that presenting them in a public setting without full context may have led to unintended interpretations and we apologise unreservedly for any resulting misunderstanding.  

Astro does not endorse these views. The intention with dramas like Pak Su Ammara is to surface real-world and fictionalised stereotypes that the series examine as the plot progresses.

At its core the drama emphasizes women empowerment. The female lead, Ummi Nazeera, is portrayed as a resilient and assertive character from the very beginning, consistently standing her ground, and actively asserting her rights.

We remain committed to responsible storytelling and to supporting efforts that foster greater gender equity in our communities.

The advertisements in question have been removed immediately. Thank you for sharing your views and helping us improve the way we approach sensitive themes in public spaces.

Penjelasan Mengenai Pengiklanan Pak Su Ammara

Kami mengambil maklum kebimbangan yang disuarakan serta menghargai maklum balas yang diterima berhubung petikan dialog daripada drama fiksyen Pak Su Ammara yang digunakan dalam kempen pengiklanan.  

Petikan berkenaan bertujuan untuk mencetuskan perbincangan serta mencabar pemikiran kritis yang memudaratkan dalam naratif drama. Namun demikian, kami mengakui bahawa penyampaian petikan tersebut tanpa konteks penuh di ruang awam berpotensi menimbulkan salah tafsir dan kami memohon maaf atas kekeliruan tersebut.

Astro sama sekali tidak menyokong pandangan tersebut. Karya seperti Pak Su Ammara dihasilkan bertujuan mengetengahkan stereotaip dunia sebenar yang wujud dalam masyarakat untuk diterokai serta diperhalusi penonton.  

Pada dasarnya, drama tersebut membawakan tema pemerkasaan wanita dimana watak utama yang dilakonkan oleh Ummi Nazeera digambarkan sebagai seorang wanita yang tabah dan sentiasa berani mempertahankan pendirian dan menyuarakan haknya.

Kami kekal komited terhadap penceritaan yang bertanggungjawab serta menyokong usaha-usaha yang memupuk kesaksamaan gender serta kefahaman sosial yang lebih baik dalam kalangan masyarakat.

Iklan tersebut telah diturunkan dengan segera. Kami menghargai pandangan yang dikongsikan dan berterima kasih atas keprihatinan anda terhadap pendekatan kami dalam membincangkan tema sensitif di ruang awam.