SYOK bersama Astro Audio News kolaborasi dengan MET Malaysia memperingati Hari Meteorologi Sedunia 2025
10
April
2025

SYOK bersama Astro Audio News kolaborasi dengan MET Malaysia memperingati Hari Meteorologi Sedunia 2025

KUALALUMPUR 9 APRIL 2024: SYOK dan Astro Radio News jalin kerjasama dengan MET Malaysia untuk memperingati Hari Meteorologi Sedunia 2025: Bersama Menutup Jurang Amaran Awal. Ia antara usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan meteorologi dan perubahan iklim.

Ketua Unit Berita, Trafik dan Kajian Astro Audio Chan Sue Ching berkata kerjasama ini memberikan impak positif kerana Astro Audio mengambil berat mengenai isu-isu semasa termasuklah Isu Pemanasan Global. Beberapa langkah penting boleh tangani masalah ini antaranya Peningkatan Infrastruktur Meteorologi dengan membuat pelaburan dalam stesen cuaca moden, satelit pemantauan dan teknologi ramalan yang lebih canggih.

“Bagi mewakili Astro Audio, saya amat berterima kasih dengan Met Malaysia kerana bersetuju untuk jalin kerjasama bagi meningkatkan kesedaran berkaitan dengan pemanasan global. Pihak kami sentiasa menguarkan-uarkan laporan berita terkini berkaitan MET Malaysia termasuklah ramalan cuaca semasa dan sebagainya. Informasi berkaitan cuaca wajar diberi perhatian kerana ia dapat membantu kepada orang ramai agar kekal berwaspada dengan cuaca seharian berkaitan dengan aktiviti harian mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Podcast Astro Audio (SYOK) Stanley berkata MET Malaysia juga turut melancarkan sebuah podcast bersama SYOK iaitu Bicara Dengan Langit yang kini telah masuk musim kedua dan telah pun disiarkan di seluruh media sosial SYOK!

“Hari Meteorologi Sedunia bukan sekadar peringatan tentang kepentingan cuaca daniklim, tetapi juga satu seruan untuk memastikan setiap individu, tanpa mengiralokasi atau latar belakang, dilindungi daripada ancaman bencana alam. Denganusaha kolektif, kita mampu menutup jurang amaran awal dan menyelamatkan lebihbanyak nyawa di masa hadapan.

Untuk laporan berita dan maklumat terkini layari platform media rasmi Astro Audio News dan SYOK!