Dengar di aplikasi SYOK atau di sini
Para peminat bidang pemotoran dan kenderaan boleh menikmati sebuah SYOKcast baharu, ‘Sup GearBox: Borak Gosip Auto bersama Erywan & Chris’ (Sup Gearbox), siri audio dunia automotif Bahasa Melayu yang pertama di Malaysia, eksklusif di aplikasi SYOK.
Musim pertama siri ‘Sup Gearbox’ ini merupakan kolaborasi SYOK bersama Drebar.my dan BehindTheWheel.my, dua portal automotif terkemuka di Malaysia. Siri ini menampilkan Erywan Nor Shal, Ketua Portal drebar.my, dan Chris Ng, Ketua Portal BehindtheWheel.my sebagai hos-hos dan penulis siri audio santai ini. Malah, idea siri SYOKcast ini juga dibentukkan daripada dua figura berpengalaman di dalam dunia automotif Malaysia ini.
Siri audio ini membawa perbincangan khas terkini tentang dunia automotif yang pasti memberangsangkan buat para peminat, termasuk isu-isu yang kerap membelenggu para pendengar serta penyelesaiannya, seperti dalam pemilihan kenderaan, cara pengendalian kenderaan yang efektif dan pandangan-pandangan terhadap dunia automotif permotoran dan kenderaan.
Tambahan lagi, SYOKcast ‘Sup Gearbox’ ini turut mengemukakan beberapa tetamu jemputan yang mahir dalam bidang automotif seperti Gan Yong Li, juga dikenali sebagai Gan Comel, pengasas portal pandulaju.com.my dan YouTube Pandu Laju; Ahirine Ahirudin, wartawan Hlive, program terbitan Astro Ria, yang merupakan seorang penggiat sukan permotoran lasak seperti ‘off-road’ dan berkuasa tinggi, serta nama-nama besar lain di dalam dunia automotif.
Antara sepuluh topik yang akan disentuh dalam siri ‘Sup Gearbox’ musim pertama ini termasuk, ‘Kereta Baru Atau Terpakai?’, ‘Kereta Atau Motosikal?’, ‘Pinjaman 9 Atau 7 tahun’, ‘Sedan vs. SUV’, ‘Moped, Skuter dan Supermoped’, ‘Big Bike, Berbaloi Ker?’, ‘Pemandu Malaysia Teruk!’ dan lebih lagi.
Episod pertama dan kedua sudah disediakan di aplikasi SYOK, dalam kategori ‘SYOKCasts’ dan peminat-peminat boleh dengarkan episod-episod ‘Sup Gearbox’ seterusnya setiap Rabu, 11 pagi, menerusi laman rasmi dan di aplikasi SYOK.
Ulasan daripada Erywan Nor Shal, hos siri ‘Sup Gearbox’
“Sup Gearbox adalah satu pendekatan baharu dalam menyampaikan maklumat berkaitan automotif kepada masyarakat. Sebelum ini, kita baca artikel dalam laman sesawang atau melihat video dalam YouTube sebagai platform utama dalam menyampaikan maklumat berkaitan automotif. Namun kali ini, kami mahu memberi kelainan dan memecahkan tradisi itu dengan menyampaikan maklumat automotif yang boleh dengar dalam podcast. Podcast ini lebih mudah dan fleksibel, para peminat cuma perlu mendengar melalui aplikasi SYOK, selain sesuai mengisi masa lapang ketika memandu atau di mana-mana sahaja.”
Tajuk Episod
Sinopsis & Maklumat Lanjut
Episod 1: Kereta Baru Atau Terpakai?
Dalam episod ini membincangkan mana lebih baik sama ada beli kereta baru atau terpakai, bakal menjadi persoalan terutama bagi mereka yang mahu lebih penijimatan.
Dengar di aplikasi SYOK sekarang.
Episod 2: Kereta Atau Motosikal?
Mereka yang baru bekerja, selalunya akan mencari kenderaan untuk dijadikan pengangkutan harian ke pejabat. Episod kali ini akan menjelaskan mana satu sesuai untuk anda sama ada kereta atau motosikal.
Dengar di aplikasi SYOK bermula 11 pagi, 3 Februari.
Episod 3: Pinjaman 9 Atau 7 tahun
Dalam Episod ini, Erywan tetap mempertahankan bahawa pinjaman 9 tahun untuk kenderaan adalah yang terbaik, bukankah pinjaman yang lama adalah kerugian kepada peminjam?
Dengar di aplikasi SYOK bermula 11 pagi, 10 Februari.
Episod 4: Sedan vs. SUV
Trend SUV di Malaysia semakin meningkat pada masa ini, tetapi kereta sedan lebih jimat dari segi pelbagai faktor yang mungkin kita sendiri tidak sedar.
Dengar di aplikasi SYOK bermula 11 pagi, 12 Februari.
Episod 5: Moped, Skuter dan Supermoped
Chris semakin berminat untuk menceburi dalam dunia kenderaan dua roda, baginya motosikal adalah sama sahaja sehingga Erywan perlu jelas setiap segmen motosikal di luar kotak pemikirannya.
Dengar di aplikasi SYOK bermula 11 pagi, 17 Februari.
Episod 6: Big Bike, Berbaloi Ker?
Ramai daripada kita mempunyai impian untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi, tetapi adakah ia berbaloi selepas mengambil kira bayaran bulanan, kos penyelenggaraan serta masa terhad untuk menunggang.
Dengar di aplikasi SYOK bermula 11 pagi, 24 Februari.
Epiosd 7: Pemandu Malaysia Teruk!
Episod kali ini, mengupas sikap segelintir pemandu di Malaysia yang kekadang menyusahkan pengguna jalan raya lain. Mungkin kita tidak sedar, kesalahan itu pernah kita lakukan.
Dengar di aplikasi SYOK bermula 11 pagi, 3 Mac.