‘THE HOUSE’ MUSIM KELIMA ANGKAT BINTANG ALAF BAHARU ‘BBNU’
‘THE HOUSE’ MUSIM KELIMA ANGKAT BINTANG ALAF BAHARU ‘BBNU’
11
March
2019

‘THE HOUSE’ MUSIM KELIMA ANGKAT BINTANG ALAF BAHARU ‘BBNU’

FORMAT DAN INFO SIARAN PROGRAM REALITI DIGITAL ’THE HOUSE’

Bagi memberilebih pilihan untuk kandungan alaf baharu, portal hiburan Gempak membawakan kembali program realiti digital ‘The House’ untuk musim yang kelima menerusi penerbitan ‘Gempak Original Series’ sebagai daya tarikan terbaharu di platform digital.

Masih mengekalkan format realiti yang sama tetapi kali ini dengan kisah pengembaraan yang berbeza, ‘The House’ musim kelima bakal menampilkan tiga bintang popular generasi ‘BBNU’ yang namanya kian melonjak selepas menyertai pertandingan nyanyian ‘Big Stage’ terbitan Astro Ria tahun lalu iaitu Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie sebagai tonggak utama untuk musim ini.

Seperti musim-musim sebelum ini, program ‘The House’ yang berdurasi selama 22 minit sepanjang lima episod ini bakal disiarkan secara eksklusif menerusi portal digital Gempak iaitu www.thehouse.com.my pada setiap hari Selasa mulai19 Mac 2019 untuk pilihan yang fleksibel merentasi sempadan.

Ini diikuti dengan siaran televisyen yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam bermula 27 Mac 2019.

Terdahulu, program realiti ‘The House’ pernah menampilkan trio adik beradik iaitu Emma Maembong, Cha Cha Maembong & YayaMaembong untuk menjayakan musim pertama, jutawan kosmetik Dato’ Seri Vida (musim kedua), keluarga Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta (musim ketiga) serta Fattah Amin & Alvin Chong (musim keempat).

PETIKAN KENYATAAN WAKIL ASTRO

Nazihah Dalhar,Melihatkepada trend terkini yang didominasikan oleh angkatan ‘BBNU’ tersebut, kami berpendapat ini momen yang terbaik untuk mengetengahkan mereka menerusi penerbitan terbaharu program realiti ‘The House’.

Sama seperti musim-musim terdahulu, ‘The House’ musim kelima masih mengekalkan tradisi meletakkan nama-nama popular yang mempunyai pengaruh kuat di media massa terutamanya di jaringan media sosial sebagai tonggak utama untuk menjayakan program ini.

Sehubungan dengan itu, pemilihan Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie sebagai selebriti jemputan dilihat menepati kriteria utama yang diperlukan oleh ‘TheHouse’ untuk menarik hati penonton sasaran kami. Semoga musim ini mampu mengulangi kejayaan musim-musim yang terdahulu sekaligus menetapkan penanda aras baharu kepada kejayaan kandungan digital di platfrom Gempak.

Kami turut berbesar hati dengan kehadiran Nivea yang turut ‘mengharumkan’ penerbitan musim terbaharu ‘The House’ selaku penaja utama. Semoga kolaborasi seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang.”

TRIVIA‘THE HOUSE’ MUSIM KE LIMA

- ‘The House’ musim kelima terbitan Gempak Studios ini mendapat sentuhankreatif yang sepenuhnya daripada tenaga produksi dalaman Astro.

- Lokasi utama penggambaran programrealiti ‘The House’ telah dijalankan di sekitar Janda Baik dan Kuantan sertamengambil masa hanya 6 hari untuk diselesaikan.

- Sudahpun memasuki musim yang kelima,format asal program yang berkonsepkan kandungan digital kompak masih dikekalkankerana kelebihan itu membolehkan program ini dinikmati secara mudah alihmengikut citarasa dan keselesaan penonton tanpa perlu bergantung kepada petitelevisyen semata-mata.

- Selain Sarah Suhairi, Sissy Imann dan WaniKayrie, penerbitan musim ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiranselebriti jemputan sebagai penampilan khas yang terdiri daripada Ariff Bahran, AG Coco, Ghaz Abu Bakar,Shikin Gomez dan Sufian Suhaimi.

- Kesemua barisan selebriti terlibatdengan musim ini telah dipilih secara teliti demi mendapatkan keserasian yangberkesan dan tidak dibuat-buat. Personaliti juga penting dalam proses pemilihanselebriti kerana format program ini adalah berkonsepkan realiti.


BARISANSELEBRITI ‘THE HOUSE’

TERAJU UTAMA

Sarah Suhairi

Wani Kayrie

Sissy Imann

PENAMPILAN ISTIMEWA

Ariff Bahran

AG Coco

Sufian Suhaimi

Shikin Gomez

Ghaz Abu Bakar


SINOPSIS‘THE HOUSE’ MUSIM KE LIMA

Menerusi ‘The House’, para peminat bepeluanguntuk menyaksikan keakraban dan kemesraan hubungan persahabatan yang terjalindi antara Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie. Para peminat juga dapatmengenali mereka dengan lebih dekat dan menyaksikan segala gelagat lucu danaktiviti mereka yang mungkin tidak pernah dikongsi dengan masyarakat umumsebelum ini. Sepanjang mereka berada di dalam ‘The House’, pelbagai cabaranyang akan diberikan untuk menghasilkan suasana yang menarik dan bermanfaatuntuk ditonton oleh masyarakat.

MENGENAI GEMPAK

Gempakadalah jenama digital hiburan melayu Astro yang menyampaikan penceritaanhiburan digital yang terkini dan ‘pop culture’ kepada audiens ‘Malaynials’.Merupakan salah satu jenama hiburan melayu paling popular di Malaysia, dengan375 juta tontonan digital keseluruhan sepanjang tahun 2018, pengikut Facebook2.4 juta dan Instagram 1.9 juta, merupakan ‘infotainment’ Melayu pertama yangmencecah lebih 1.5 juta subscribers di YouTube. Bukan sahaja di Malaysia, malah2 juta pengunjung unik Gempak adalah dari Singapura, Indonesia, Brunei danAmerika Syarikat. Gempak merupakan perintis digital kepada rancangan digital,dan ‘live stream’ untuk ‘The House’, ‘3 Gadis Manis’, ‘Pas.kal 24 Jam’ danbanyak lagi untuk memenuhi cita rasa penonton digital masa kini.