THR GEGAR Anjur Cabaran BPG & GEGAR PETANG di Kuala Tahan
24
November
2025

THR GEGAR Anjur Cabaran BPG & GEGAR PETANG di Kuala Tahan

KUALA TAHAN PAHANG  24 NOVEMBER 2025 – THR GEGAR baru-baru ini menganjurkan Cabaran BRO Pagi GEGAR & GEGAR PETANG yang berlangsung pada 20 dan 21 November di Danz Eco Resort, Kuala Tahan Pahang. Program ini bertujuan mendekatkan jenama dengan pendengar melalui aktiviti luar yang mencabar dan menyeronokkan.

Cabaran ini turut disertai oleh penyampai  THR GEGAR iaitu Fizi dan Issey dari segmen BPG (BRO Pagi Gegar) serta Ewan Marzuki dan Tengku Rea dari segmen Gegar Petang, yang bersama-sama memeriahkan suasana dan memberi sokongan kepada peserta.

Menurut Pengurus Jenama THR Gegar, Eman Zaki, cabaran ini melibatkan empat pendengar terpilih yang menyertai melalui peraduan khas di laman sesawang THR GEGAR. Sepanjang dua hari, peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarikseperti water rafting, rapid shooting, dan lawatan ke perkampungan Orang Asli.

“Cabaran ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, tetapi juga memberi peluang kepada pendengar untuk merasai pengalaman unik bersama THR GEGAR. Kami percaya aktiviti sebegini mampu mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan, di samping mengukuhkan hubungan antara jenama dan komuniti pendengar kami,” kata Eman Zaki.

Beliau menambah program ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk membawa jenama THR GEGAR lebih dekat dengan pendengar melalui pengalaman yang autentik dan berimpak tinggi. Kami mahu pendengar merasakan bahawa THR GEGAR bukan sekadar hiburan di udara, tetapi satu komuniti yang aktif dan sentiasa mencipta peluang untuk mereka terlibat secara langsung.

“Kami juga melihat potensi besar untuk menjadikan cabaran ini sebagai acara tahunan berskala lebih besar. Pada masa hadapan, kami merancang untuk melibatkan lebih ramai pendengar, memperkenalkan aktiviti yang lebih mencabar dan menarik, serta mungkin menggabungkan elemen hiburan seperti persembahan artis dan sesi bersama personaliti radio kami.”

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan THR GEGAR sebagai jenama gaya hidup yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi pengalaman bermakna kepada pendengar. Ini adalah langkah pertama ke arah membina platform yang menghubungkan pendengar dengan alam semula jadi, budaya tempatan, dan semangat cabaran,” akhirnya.

Untuk berita, program atau berita terkini boleh layari laman sosial rasmi THR GEGAR atau muat naik aplikasi THR GEGAR menerusiApp Store, Playstore dan Huawei App Gallery.