THR GEGAR Kembali Sebagai Radio Rasmi K188 Challenge Ada Bran 2025
30
July
2025

THR GEGAR Kembali Sebagai Radio Rasmi K188 Challenge Ada Bran 2025

KUANTAN 25 JULAI 2025 – THR GEGAR dengan penuh rasa bangga kembali sebagai radio rasmi bagi pertandingan bakat K188 Challenge Ada Bran untuk edisi ketiga, bersempena sambutan meriah Pesta Kuantan 188 tahun ini. Acara yang berlangsung di kawasan ikonik Kuantan 188 itu menyaksikan sambutan luar biasa daripada pengunjung serta penyertaan yang begitu memberangsangkan daripada para peserta berbakat dari seluruh Pantai Timur.

Pengurus Jenama THR Gegar Eman Zaki berkata pihaknya amat teruja untuk terus menjadi sebahagian daripada inisiatif yang bukan sahaja menyemarakkan industri hiburan tempatan, malah memperkukuhkan lagi hubungan kami dengan komuniti di Pantai Timur. K188 Challenge Ada Bran bukan sekadar pertandingan bakat ia adalah platform untuk mengetengahkan suara-suara baru, memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk menyerlah dan membina keyakinan.”

“Setiap tahun, kami menyaksikan peningkatan dari segi kualiti persembahan dan kreativiti para peserta. Edisi ketiga ini benar-benar menampilkan bakat luar biasa yang mampu pergi jauh dalam industri hiburan tempatan. THR Gegar bangga menjadi medium yang menyokong perkembangan ini dan kami berterima kasih kepada semua pihak yang mempercayai kami untuk terus mengangkat suara Pantai Timur.”

Pertandingan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat dan sorakan para peminat menyaksikan lima peserta terbaik berjaya mara ke peringkat akhir dan membawa pulang hadiah lumayan yang ditaja oleh pihak penganjur dan rakan penaja:

Senarai Pemenang:

Juara:

Siti Nur Syakira Binti Mohd Mustapha

Hadiah: RM5,000, e-sijil, trofi &1 Dinar daripada Pahang Gold

Tempat Kedua:

TRIO XL

Hadiah: RM3,000, e-sijil, trofi &1 Gram Gold Wafer

Tempat Ketiga:

Zuhairah Amanina Farhanah BintiMohamad Faudzi

Hadiah: RM2,000, e-sijil, trofi &0.3 Gram Gold Wafer

“Kami percaya bahawa sokongan kepada bakat-bakat tempatan tidak seharusnya terhenti di pentas pertandingan. THR Gegar akan terus memainkan peranan dalam memberikan ruang dan suara kepada artis-artis baru ini menerusi platform siaran radio kami, serta saluran digital yang menjangkau jutaan pendengar di Pantai Timur. Kami ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang, dan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua peminat yang hadir memeriahkan acara ini,” katanya.

Untuk berita, aktiviti dan program terkini layari laman sosial rasmi THR GEGAR danmuat naik aplikasi THR GEGAR di App Store, Google Play dan Huawei AppGallery.