Gambar bersama juara Riena Amirah dan finalis-finalis ZAYAN HijabStar
Julung kali dianjurkan, ZAYAN HijabStar merupakan pencarian ikon HijabStar yang diterjemahkan kepada wanita-wanita Muslim yang berbakat, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dengan personaliti yang menarik, dan mengekalkan ciri-ciri wanita berhijab yang sopan. Dianjurkan dari 19 Ogos hingga 7 September melalui media sosial ZAYAN, 5 finalis berjaya melayakkan diri ke peringkat finale.
Setelah berjaya harungi pelbagai cabaran dan tugasan, Riena Amirah (24 tahun) dinobatkan Ikon ZAYAN HijabStar dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi kemenangan dan sejambak bunga manakala finalis-finalis lain: Wanie (28 tahun), Emilia (24 tahun), Lini Baira (31 tahun) dan Syafiqa Haniza (24 tahun) masing-masing membawa pulang sejambak bunga.
Penjurian di peringkat finale adalah berdasarkan tugasan untuk menghasilkan sebuah video pendek yang bertemakan ‘Indah Di Hati’ dan diadili menerusi sesi soal jawab yang membariskan juri-juri berpengalaman seperti Mawi (Personaliti ZAYAN), Nursuziana Zulkifli (Pengarang Hijabista), Nabila Razali (Penyanyi), Farah Dinana (Penggaya Fesyen) dan Muhamad Asri Hussain (Wakil Max Fashion).
Hampir 200 peminat yang hadir dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Nabila Razali di penghujung finale. ZAYAN HijabStar adalah kerjasama antara jenama radio ZAYAN, destinasi gaya hidup Muslim moden dan Majalah Hijabista, selaku rakan media bersama MAX Fashion, penaja utama untuk pakaian para finalis dan lokasi acara finale.
Untuk maklumat lanjut mengenai ZAYAN HijabStar, sila layari www.zayan.my