ZAYAN mengumumkan personaliti baharu Faizal Ismail untuk bersama Mawi dan Anas di ‘ZAYAN Pagi’
29
August
2022

ZAYAN mengumumkan personaliti baharu Faizal Ismail untuk bersama Mawi dan Anas di ‘ZAYAN Pagi’

Dengar di udara atau melalui SYOK, setiap Isnin - Jumaat, 6 hingga 10 pagi

Gandingan baharu di ‘ZAYAN Pagi’ bersama Mawi, Anas dan Faizal Ismail

Jenama radio ZAYAN mengumumkan kemasukan Faizal Ismail, personaliti radio tempatan, bergandingan bersama Mawi dan Anas, menerusi segmen ‘ZAYAN Pagi’, menceriakan waktu pagi para peminat bermula hari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi di ZAYAN. Peminat juga boleh strim ZAYAN dan mendengarkan ZAYAN Pagi bersama Mawi, Anas dan Faizal Ismail menerusi aplikasi SYOK.

Faizal Ismail, juga dikenali dengan panggilan FBI (Faizal bin Ismail), personaliti radio dan pengacara TV yang berbakat besar, akan bersama Mawi dan Anas dengan perkongsian topik-topik menarik serta memberi pandangan dan ulasan tentang perkara-perkara yang menjadi tanda tanya dan sering dibangkitkan oleh peminat.

Para peminat ZAYAN dapat menikmati Sahabat ZAYAN Pagi, segmen baharu di ‘ZAYAN Pagi’, memberi peluang kepada semua untuk berkongsi cerita, pengalaman dan mendapat pandangan daripada Mawi, Anas dan Faizal Ismail. Perbincangan ini akan dilakukan secara santai dan topik-topik perbincangan harian juga boleh dikongsikan oleh semua pendengar menerusi panggilan telefon di udara dan di platform media sosial ZAYAN.

Selain itu, peminat ZAYAN juga boleh terus berhibur dengan pengisian-pengisian menarik di ‘ZAYAN Pagi’ seperti Motivasi Pagi; perkongisan kata-kata motivasi; Takzirah Pagi, ceramah ringkas berkaitan Islam; Hadith of the Day, pilihan hadis harian, Mahir Bahasa Arab, pembelajaran perkataan Bahasa Arab; Kelas Tajwid, kelas mempelajari ilmu tajwid; Topik Pagi ZAYAN, sesi perkongsian topik menarik bersama peminat; Aura ZAYAN, perkongsian kata-kata berinspirasi daripada tetamu jemputan yang dikongsikan bersama peminat ZAYAN.

Untuk maklumat lanjut tentang perosonaliti-personaliti ZAYAN dan kempen-kempen, ikuti ZAYAN platform media sosial.

Ulasan Wan Syahrul Amry, Pengurus Kandungan ZAYAN

“Kami mengalu-alukan kedatangan Faizal Ismail ke dalam keluarga ZAYAN, untuk berganding bersama Mawi dan Anas di ZAYAN Pagi. Dengan pengalaman yang dibawa oleh Faizal, peminat-peminat ZAYAN boleh terus menikmati segmen-segmen menarik termasuk ‘Sahabat ZAYAN Pagi’, di mana peminat diberi peluang untuk bertanya sebarang persoalan dan meluahkan perkara yang terbuku di hati untuk mendapatkan pandangan dan ulasan daripada Mawi, Anas dan Faizal Ismail. Kami juga berterima kasih kepada semua peminat ZAYAN atas sokongan mereka dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan terkini yang dekat di hati mereka.”