‘ZAYAN NASYID STAR’ MENGEMBANGKAN BAKAT NASYID TEMPATAN
12
August
2021

‘ZAYAN NASYID STAR’ MENGEMBANGKAN BAKAT NASYID TEMPATAN

Sertai ‘ZAYAN Nasyid Star’

ZAYAN, jenama radio Muslim kontemporari mempelawa rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan ‘ZAYAN Nasyid Star’ bermula 16 Ogos menerusi laman rasmi ZAYAN dan di aplikasi SYOK. Pemenang ‘ZAYAN Nasyid Star’ berpeluang merakam lagu yang dipilih sebagai juara, dibawah label Rocketfuel dan dimainkan di udara melalui ZAYAN.

Penyertaan ‘ZAYAN Nasyid Star’ dibuka kepada semua peminat termasuk penyanyi, komposer, penulis lirik dan pemuzik tempatan untuk merakam dan menghantar video nyanyian lagu nasyid baharu atau yang sudah tersedia ada.

Pertandingan ini juga berikutan penerimaan penghargaan ZAYAN sebagai ‘Sahabat Nasyid Malaysia’ pada hujung tahun 2020, gelaran yang diberi dari pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Usahawan Nasyid (Munsyid) Malaysia di atas sokongan ZAYAN dalam mengembangkan industri nasyid tempatan melalui pelbagai pendekatan serta program-program ilmiah seperti:

  • ZAYAN Nasyid Top 11, pilihan lagu nasyid berdasarkan undian peminat.
  • His-Story Nasyid Malaysia, kisah perjalanan industri nasyid tempatan bersama penyanyi dan kumpulan nasyid terkenal seperti Yasin Sulaiman, Raihan, In Team, Hijjaz dan Mestica.
  • ZAYAN Nasyid Review, perkongisan audio podcast bersama Munsyid Malaysia mengenai topik perbincangan alunan muzik nasyid.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai ‘ZAYAN Nasyid Star’ di laman-laman rasmi ZAYAN.

Ulasan Wan Syahrul Amry, Pengurus Kandungan ZAYAN

“Peranan ZAYAN merangkumi sebuah jenama radio yang mengetengahkan alunan muzik nasyid dan juga muzik berkonsep kerohanian. Melalui ‘ZAYAN Nasyid Star’, ZAYAN berharap membangkitkan lagi industri muzik nasyid tempatan dan membuka peluang agar lebih banyak karya-karya nasyid dapat diberi pengiktirafan. Kami menjemput semua yang berkebolehan untuk berkongsi karya-karya mereka bersama ZAYAN.”