ZAYAN Radio Rasmi Karnival Mahabbah@RMA Johor Bahru
24
October
2025

ZAYAN Radio Rasmi Karnival Mahabbah@RMA Johor Bahru

JOHOR BAHRU 24 OKTOBER 2025– Radio ZAYAN dengan penuh rasa syukur dan bangga diumumkan sebagai radio rasmi bagi Karnival Mahabbah@RMA Johor Bahru, yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025 bertempat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

Karnival ini merupakan inisiatif bersama Majlis BandarayaJohor Bahru (MBJB) dan Waqaf An-Nur, yang bertujuan memperkukuh hubungansilaturrahim serta menyemarakkan nilai-nilai Islam dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai aktiviti berunsur kerohanian, keilmuan dan kekeluargaan.

Sepanjang tiga hari penganjuran, para pengunjung bakal dihiburkan dan diisi dengan pelbagai program menarik termasuk siaran luar ZAYAN, Malam Gemilang Waqaf An-Nur X Radio ZAYAN, serta Malam Sambutan 25 Tahun Waqaf An-Nur yang akan menampilkan persembahan istimewa dan perkongsian inspirasi daripada tokoh-tokoh jemputan.

Barisan penyampai popular ZAYAN Faisal Ismail, Anas Tahir, Lin Ariffin dan Farhira turut akan berada di lokasi bagi berinteraksi dengan pendengar serta menyampaikan siaran secara langsung dari tapak karnival.

Menurut Pengurus Jenama ZAYAN, Wan Syahrul Amry Wan Mansor, penglibatan ZAYAN dalam acara besar seperti ini adalah bukti komitmen stesen tersebut dalam mendekati komuniti dan memperkukuh jenama sebagai radio gaya hidup Muslim kontemporari.

 “Kami di ZAYAN amat berbesar hatimenjadi sebahagian daripada Karnival Mahabbah@RMA Johor Bahru. Penyertaan iniadalah satu peluang yang amat bermakna kerana ia bukan sekadar kolaborasi media, tetapi satu usaha bersama untuk menghubungkan hati-hati manusia melaluinilai kasih sayang, kebaikan dan kemanusiaan yang menjadi asas kepada dakwahdan pembangunan ummah.

 “Sebagai sebuah stesen radio yangmenekankan keseimbangan antara hiburan dan pengisian rohani, kami melihat karnival ini sebagai wadah terbaik untuk menyebarkan mesej positif, memperkukuh semangat kebersamaan, dan mendekatkan ZAYAN dengan masyarakat khususnyapendengar kami di negeri Johor dan kawasan sekitarnya.

 “Kami juga berharap kehadiran barisan penyampai ZAYAN akan membawa suasana ceria, inspirasi serta nilai ukhuwwah yang sejajar dengan semangat ‘Mahabbah’ yang menjadi tema utama karnival ini,”katanya lagi.

ZAYAN mengalu-alukan kehadiran seluruh warga Johor dankawasan berdekatan untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Mahabbah@RMA JohorBahru. Pelbagai aktiviti menarik, hadiah, serta peluang beramah mesra bersama penyampai ZAYAN menanti para pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur, Tuan HajiBukhari Abd Rahman berkata setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ZAYAN atas sokongan sebagai rakan media rasmi bagi Karnival Mahabbah kali ini. Kerjasama ini diharap bukan sahaja dapat memperkukuh usaha mempromosikan jenama Waqaf An-Nur, tetapi turut menjadi platform dalam memperluas kefahaman serta membudayakan amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai aktiviti sepanjangkarnival, orang ramai boleh melayari dan mengikuti laman media sosial rasmi ZAYAN dan muat turun aplikasi ZAYAN sekarang di Google Play, App Store dan HuaweiApp Gallery.