16,000 mangkuk bubur lambuk, ratusan anggota beruniform, dan satu semangat kebersamaan yang akhirnya mencipta rekod negara.
KUALA LUMPUR, 16 Mac 2026 – Dalam satu detik bersejarah yang mengangkat tradisi Ramadan ke pentas nasional, Nu Ideaktiv Sdn Bhd secara rasmi dinobatkan sebagai pemegang Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Pengagihan Bubur Lambuk Terbanyak oleh Anggota Beruniform.”
Pengiktirafan berprestij ini dicapai menerusi penganjuran RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 pada 14 Mac 2026. Inisiatif komuniti berskala besar ini menyaksikan penyediaan serta pengagihan 16,000 mangkuk bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Kuala Lumpur.
Sijil rasmi Malaysia Book of Records tersebut disampaikan dalam satu majlis khas di Dataran Merdeka kepada Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, bersama Editor Pengurusan RASA, Puan Emma Masri, yang mewakili pasukan di sebalik kejayaan bersejarah ini.
Pencapaian ini bukan sahaja mengiktiraf skala program yang luar biasa, malah menjadi bukti bagaimana sebuah jenama gaya hidup tempatan mampu mengangkat tradisi kulinari rakyat Malaysia menjadi sebuah pencapaian nasional yang membanggakan.
Seawal pagi, kawasan Dataran Merdeka bertukar menjadi dapur komuniti berskala mega apabila ratusan anggota bomba, sukarelawan serta rakan strategik berganding bahu dalam proses penyediaan bubur lambuk secara gotong-royong.
Proses rekod tersebut merangkumi setiap peringkat penting termasuk penyediaan bahan, memasak dalam kawah berskala besar, pembungkusan, pengiraan serta audit sebelum bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai.
Sebahagian daripada bubur lambuk yang disediakan turut diserahkan secara simbolik kepada 13 buah masjid sekitar Kuala Lumpur, sebelum konvoi agihan dilepaskan secara rasmi dalam majlis flag-off yang diadakan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Detik bersejarah itu kemudiannya dimeterai dengan penyampaian sijil rasmi Malaysia Book of Records, yang menandakan kejayaan usaha kolektif melibatkan anggota beruniform, rakan strategik serta komuniti dalam menjayakan misi pengagihan bubur lambuk terbesar seumpamanya.
Bagi Nu Ideaktiv, pencapaian ini membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar angka. Sebagai portal masakan nombor satu negara, RASA telah lama memainkan peranan dalam mengangkat warisan kulinari tempatan, termasuk tradisi bubur lambuk yang sinonim dengan bulan Ramadan. Sejak awal penubuhannya sebagai majalah masakan, bubur lambuk sentiasa menjadi antara simbol kebersamaan yang paling dekat dengan jenama RASA, sebuah hidangan yang bukan sekadar makanan, tetapi lambang semangat gotong-royong, rewang dan perkongsian dalam masyarakat.
Daripada halaman majalah kepada platform digital, dan kini ke penganjuran acara berskala nasional, RASA terus memperkukuh peranannya sebagai jenama yang bukan sahaja berkongsi resipi, tetapi juga memelihara dan menghidupkan semula tradisi kulinari rakyat Malaysia.
Acara RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba turut berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dengan kehadiran pelbagai selebriti dan personaliti terkenal yang turun padang menyertai aktiviti sepanjang hari. Majlis ini turut menyaksikan pengumuman rasmi Catriona Ross sebagai Duta Raya pertama Ideaktiv, yang akan memainkan peranan penting dalam pelbagai inisiatif kempen Aidilfitri termasuk aktiviti komuniti, penghasilan kandungan digital serta penglibatan dalam program kemasyarakatan sepanjang musim perayaan. Pemilihan Catriona Ross dibuat berdasarkan keperibadiannya yang mencerminkan nilai positif, keanggunan serta hubungan yang rapat dengan masyarakat, selari dengan aspirasi Ideaktiv untuk meraikan semangat kebersamaan dalam setiap kempen yang dijalankan. Sepanjang program berlangsung, Catriona Ross turut aktif menyertai setiap proses penyediaan bubur lambuk termasuk memasak, pembungkusan dan pengagihan kepada orang ramai.
Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Astro Duta Bila Bersama, Lagi Jadi, Shiera, serta kumpulan sensasi Alpha, Pentas RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba juga turut dimeriahkan oleh hos Borak Seeni, iaitu Haziq Hussni, Nazrief Nazri dan Muhsin Nadzli, yang memeriahkan suasana dengan pelbagai aktiviti interaktif bersama pengunjung.serta tak lupa kemunculan Mualim Muda, Mualim Muda Anas, Mualim Muda Amar, Mualim Muda Luqman dan Mualim Muda Ashraf.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyifatkan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records ini sebagai satu detik yang amat bermakna buat syarikat dan seluruh pasukan di sebalik jenama RASA. “Pengiktirafan ini adalah simbol kepada apa yang boleh dicapai apabila sebuah komuniti bersatu dengan tujuan yang sama. Dari pasukan RASA yang merancang kempen ini sejak berbulan lalu, kepada anggota bomba, rakan strategik, sukarelawan dan semua yang hadir hari ini, setiap individu memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha ini. Bagi Nu Ideaktiv, pencapaian ini membuktikan bahawa jenama gaya hidup seperti RASA mampu melangkaui sekadar kandungan digital dan benar-benar memberi impak kepadamasyarakat. Kami percaya kekuatan sebenar sesuatu jenama terletak pada keupayaannya menyatukan orang ramai, dan hari ini kita menyaksikan bagaimana sebuah tradisi sederhana seperti bubur lambuk boleh berkembang menjadi satu pencapaian nasional yang membanggakan.”
Sementara itu, Editor Pengurusan RASA, Puan Emma Masri, melihat kejayaan ini sebagai hasil dedikasi dan kerja keras pasukan yang sentiasa berusaha mengangkat jenama RASA ke tahap yang lebih tinggi. “Bagi kami di RASA, bubur lambuk bukan sekadar hidangan Ramadan. Ia adalah simbol kepada semangat rewang yang menjadi asas kepada budaya masyarakat kita. Sejak dahulu lagi, RASA sentiasa berusaha mengangkat tradisi ini melalui kandungan, resipi dan juga aktiviti komuniti. Melihat tradisi ini berkembang sehingga berjaya mencatat rekod Malaysia Book of Records hari ini adalah sesuatu yang amat bermakna buat seluruh pasukan. Kejayaan ini adalah hasil usaha kolektif yang melibatkan begitu ramai pihak, daripada pasukan yang merancang, rakan strategik yang menyokong, anggota beruniform yang berganding bahu, hinggalah kepada komuniti yang hadir bersama-sama menjayakannya.”
Kejayaan mencatat rekod Malaysia Book of Records ini turut menjadi bukti kekuatan kolaborasi antara pelbagai pihak yang berganding bahu menjayakan inisiatif berskala nasional ini.
Nu Ideaktiv dan RASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan strategik, penaja, rakan kolaborasi serta rakan media yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026.
Program ini dianjurkan oleh Nu Ideaktiv melalui RASA dengan kerjasama Program Iftar Ramadan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sokongan turut diberikan oleh Kenanga Investment dan AJI-SHIO® sebagai penaja bersama, serta rakan kolaborasi Kedai FGV, Able Farm, EcoSafa, Luckin Coffee dan inDrive.
Turut memainkan peranan penting dalam menjayakan inisiatif ini ialah rakan strategik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Management & Science University (MSU), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), serta rakan strategik terbaharu, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM).
Manakala rakan media Astro, Borak Seeni dan Sinar Harian turut membantu menyebarkan kemeriahan program ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Melalui sinergi pelbagai pihak inilah, sebuah tradisi yang bermula daripada dapur komuniti akhirnya berkembang menjadi satu pencapaian nasional yang membanggakan. Dengan pencapaian ini, RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bukan sekadar sebuah acara Ramadan, tetapi kini tercatat dalam sejarah sebagai satu detik yang membuktikan bagaimana tradisi, komuniti dan kolaborasi mampu melahirkan sesuatu yang luar biasa.
Daripada semangat rewang di sekitar kawah bubur lambuk, kini ia berkembang menjadi sebuah rekod kebangsaan. Kerana pada akhirnya, seperti yang dibuktikan hari ini.
Bila Bersama, Lagi Jadi.


%201.png)

