LANGKAWI24 MEI 2025–Penyampai radio 3 Pagi ERA Radin Amir, meluahkan rasa kagum dan bangga setelahmenyaksikan secara langsung aksi memukau pasukan juruterbang tempur TenteraUdara Diraja Malaysia (TUDM) sempena Pameran Maritim dan AeroangkasaAntarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).
Dalamsesi demonstrasi udara yang menjadi tumpuan pengunjung di Lapangan TerbangAntarabangsa Langkawi, Radin berpeluang melihat sendiri kebolehan luar biasajuruterbang TUDM mengendalikan pesawat pejuang seperti Sukhoi Su-30MKM danF/A-18D Hornet dengan penuh ketangkasan dan disiplin tinggi.
“Saya betul-betul terpegun dan terinspirasi. Melihat sendiri bagaimanapesawat-pesawat ini dikawal dengan begitu cemerlang membuatkan saya rasa sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. Mereka adalah barisan hadapan pertahanan udara kita yang sebenar,” ujar Radin
Kehadiran Radin di LIMA ’25 adalah sebahagian daripada inisiatif untuk merapatkan hubungan antara pihak tentera dan masyarakat awam, khususnya generasi muda yang semakin tertarik dengan dunia pertahanan dan aeroangkasa.

Acara dwi tahunan yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 ini menghimpunkan pemain industri pertahanan global dan menarik lebih 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negara. Demonstrasi udara oleh TUDM kekal menjadi antara acara paling dinanti setiap edisi.
Radin berharap pendedahan seperti ini dapat membuka mata rakyat Malaysia terhadap kepentingan memiliki pasukan pertahanan yang bersedia dan berteknologi tinggi. Beliau turut menyeru anak muda untuk menghargai dan menyokong pengorbanan anggota keselamatan negara.
Untukberita, program dan aktiviti terkini boleh layari laman sosial rasmi ERA.