Perdana Menteri Menyampaikan Anugerah Kepada Johan Astro-Nacsa Coding Challenge 2024
30
July
2024

Perdana Menteri Menyampaikan Anugerah Kepada Johan Astro-Nacsa Coding Challenge 2024

PUTRAJAYA: Walaupun hanya bertiga dan berdepan dengan ramai pesaing, sekumpulan mahasiswa dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah berjaya merangkul kemenangan dalam Astro-NACSA Coding Challenge 2024 (ANCC2024), sekali gus membuktikan bahawa kekuatan bergantung kepada kemahiran, bukannya jumlah bilangan.

Malah ketiga-tiga mahasiswa yang membentuk kumpulan, CyberX, juga berpeluang untuk merakam detik yang membanggakan apabila kejayaan mereka diraikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang turut menyampaikan anugerah serta hadiah yang ditaja oleh syarikat teknologi antarabangsa Blackberry-CompTIA, Cisco dan Huawei, di Sidang Kemuncak Keselamatan Siber2024, yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Astro Malaysia Holdings Berhad itu melibatkan pelajar universiti awam dan swasta dalam usaha untuk memupuk kesedaran serta menangani ancaman keselamatan siber.

Dengan sokongan Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi, ANCC2024 menugaskan para peserta untuk membangunkan perisian aplikasi mudah alih yang inovatif bagi mengesan dan mengenal pasti risiko ancaman keselamatan siber. 

Pasukan-pasukan yang memenangi pertandingan ini mempamerkan kreativitidan kepakaran teknikal yang mengagumkan serta mampu menangani cabaran kritikal keselamatan digital yang dihadapi oleh Malaysia.

Daripada lima pasukan finalis, tiga pasukan terbaik adalah:

Johan -- CyberX [Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah]

1.      Logathepan Muniyappan

2.      Yattish A/L Jaya Nanda Kumar​

3.      Shatthiya Ganes A/L Sivakumaran

Naib Johan -- Captain Pentagon [Peninsula College​]

1.      Teow Chee Wen

2.      Jack Liew Wern Bing ​

3.      Lee Wen Keat ​

4.      Siao Wei Qi ​

5.      Siao Wei Qun

Tempat Ketiga -- Meta Knight [Multimedia University]

1.      Law Yi Yang

2.      Leo Adriano Richard

3.      Chan Hao Sien​ ​

4.      Emmanuel Janot Jia Heng Christophe

Hadiah buat pasukan yang memenangi kedudukan Naib Johan iaitu pasukan Captain Pentagon serta Tempat Ketiga, pasukan Meta Knight, pula telah dianugerahkan oleh Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo.

Ketua Eksekutif NACSA, Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajudin yang menyaksikan acara penyampaian hadiah terbabit, menekankan peranan pertandingan ini dalam memupuk bakat keselamatan siber tempatan, dengan berkata: "ANCC2024 telah memupuk budaya kesedaran keselamatan siber dan inovasi dalam kalangan belia kita.

"Pasukan-pasukan yang memenangi pertandingan ini telah menunjukkan pemahaman yang mendalam tentang cabaran keselamatan siber, menawarkan penyelesaian yang penting untuk melindungi ekosistem digital Malaysia. Dedikasi mereka wajar dipuji di mana ia telah menunjukkan harapan yang tinggi untuk potensi bakat-bakat di Malaysia. Tambahan pula, kejayaan ANCC2024 menggariskan pendekatan proaktif Malaysia dalam memanfaatkan bakat tempatan untuk menangani cabaran keselamatan siber yang global. Dalam kita meraikan pasukan pemenang,kita turut menjangkakan kemajuan lebih pesat dalam kemampuan keselamatan siber kita. Sekalung tahniah kepada para pemenang, dan penghargaan yang tulus kepada semua peserta yang menyertai pertandingan ini," ujar Dr. Megat. 

Euan Smith, Ketua Pegawai EksekutifKumpulan Astro yang turut bersama menyaksikan penyampaian hadiah, memuji peserta-peserta atas kreativiti dan kemahiran teknikal mereka: "Selain daripada kemahiran teknikal, apa yang mengagumkan saya tentang peserta-peserta muda ini adalah pendekatan beretika serta rasa kebertanggungjawaban mereka. Mereka memahami bahawa keselamatan siber berkisarkan tentang perihal perlindungan orang ramai dan komuniti."

Beliau turut menekankan bahawa impak pertandingan tersebut yang lebih luas dengan merujuk kepada penemuan terkini:"Keselamatan siber adalah isu kritikal yang memberi kesan kepada semua orang. Kajian baru-baru ini di India mendedahkan bahawa mengakses laman penstriman haram membawa risiko jangkitan perisian hasad yang lebih tinggi berbanding dengan aktiviti dalam talian yang lain. Golongan muda berumur 18-24tahun merupakan golongan yang mempunyai tahap kesedaran yang paling rendah tentang bahana ini. Inisiatif seperti ANCC2024 penting untuk meningkatkan kesedaran dan melahirkan pakar keselamatan siber di generasi yang akan datang bagi mempertahankan negara daripada ancaman yang semakin meningkat."